ISU keengganan pihak kelab melepaskan pemain ke temasya Sukan SEA Vietnam bukan sahaja terjadi dalam Liga Malaysia tetapi turut membabitkan skuad Bawah-23 Singapura.

Memetik ciapan Twitter Matthew Mohan yang merupakan wartawan di Channel News Asia, skuad republik itu akan bermain tanpa khidmat anak kepada legenda Fandi Ahmad.

Kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United yang diwakili mereka sedang terlibat saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak mahu melepaskan Irfan dan Ikhsan Fandi.

“Singapura akan bermain tanpa Irfan dan Ikhsan Fandi untuk Sukan SEA, kerana kelab tidak akan melepaskan mereka (berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).)

“Pemain berlebihan yang ada dalam skuad ialah Zaiful Nizam, Syahrul Sazali dan Zulfahmi Arifin. Zikos Chua, Nur Adam dalam skuad,” katanya.

Satu tamparan hebat buat skuad Singapura B-23 kerana ketiadaan Ikhsan di Sukan SEA. Pemain ini miliki titik fokus dalam melakukan serangan. Malahan, dia berada dalam prestasi yang sangat baik.

“Kehilangan Irfan dan Jacob (cedera) juga akan sangat menyakitkan Singa Muda. Secara peribadi, saya teruja untuk melihat Zikos di temasya tersebut,” katanya.