PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad bola sepak B-22 tahun ke Sukan Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China pada September.

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara Sport Singapore (SportSG), Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan FAS dan kesemua pihak bersetuju dengan tidak ada bantahan dilakukan ketika mesyuarat berlangsung.

Ianya juga dibuat selepas mengambil kita keputusan yang dibuat oleh Review Bola Sepak Pasca Sukan Sea 2023 yang diumumkan minggu lalu dengan keutamaan untuk skuad bola sepak diletakkan kepada Sukan Sea 2025 dan Kelayakan Piala Asia AFC B-23.

Sebagai tambahan, prestasi skuad kebangsaan Singapura kebelakang ini selain konflik penjadualan juga menjadi faktor utama FAS tidak menghantar pasukan ke Sukan Asia Hangzhou selain ianya jatuh di luar kalendar Fifa dan berlangsung pada bulan yang sama dengan kelayakan Piala Asia AFC B-23.

“Untuk beberapa minggu ini, FAS telah melalui tempoh penilaian dan kini sedang melakukan apa yang telah disyorkan oleh review selepas berakhir Sukan Sea baru-baru ini,” menurut Bernard Tan, Pemangku Presiden FAS.

“Berdasarkan review, kami juga mengambil pertimbangan mengenai masa yany diperlukan untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi sesuatu kejohanan, komitmen perlepasan pemain dari kelab, sekolah dan khidmat negara.

“Memandangkan Sukan Asia berlangsung pada waktu yang sama dengan kelayakan Piala Asia AFC B-23, ia menyebabkan penyertaan Singapura ke Sukan Asia sedikit menyukarkan,” kata Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari.

Singapura menjadi negara kedua di rantau ini yang tidak menghantar skuad bola sepak ke Sukan Asia selepas Malaysia juga membuat keputusan yang sama pada awal tahun dahulu.

Terdahulu, FAS menerusi Bernard Tan telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam usaha pembangunan pemain selain mewujudkan kembali ‘Causeway Derby’ sambil disaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Singapura.