LIVERPOOL melakar kemenangan sensasi 3-0 ke atas Ajax di Amsterdam sekali gus mengesahkan tempat mereka ke saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Ajax bermula dengan baik dan seharusnya di depan dengan dua gol selepas 35 minit permainan, namun sebaliknya, Liverpool yang memecah kebuntuan jaringan mendahului 1-0 sebelum rehat perlawanan apabila bola sungkit Mohammed Salah berjaya memperdaya penjaga gol Remko Pasveer pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua , Liverpool mengawal permainan dan menambah dua lagi gol menerusi tandukan Darwin Nunez (m49) dan satu lagi jaringan Harvey Elliott (m51) menjadikan kedudukan 3-0.
Another big European away day ✨
We've got the latest highlights, reaction and more from #AJALIV over on LFCTV GO 📽
— Liverpool FC (@LFC) October 26, 2022
Liverpool perlu menang besar besar ke atas Napoli di Anfield minggu depan, jika mahu menduduki kedudukan teratas kumpuan A.
Bagi Ajax, kekalahan ini menjadi penamat buat mereka dalam Liga Juara-Juara dan mereka perlukan satu mata lagi pada pertemuan menentang Rangers minggu hadapan, jika mahu memastikan tempat beraksi di Liga Europa.