PEMENANG dua emas Sukan Asia Hangzhou, S Sivasangari bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou, sejurus selepas dikalungkan pingat emas perseorangan wanita, di arena skuasy, Pusat Expo Antarabangsa Hangzhou.
Ini kerana atlet berusia 24 tahun itu perlu segera ke Amerika Syarikat (AS), bagi menyertai Terbuka AS, bermula Sasbtu ini.
Justeru, kemenangan pingat emas perseorangan di Temasya Hangzhou kali ini amat bermakna buatnya.
“Sekurang-kurangnya saya boleh tidur lena dalam perjalanan pulang ke Amerika Syarikat (AS) malam ini, tidak perlu saya kesal dan menangis sepanjang perjalanan,” kata Sivasangari.
Kemenangan ke atas pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk (8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10) pada final penuh dramatik.
Sebelum ini, Sivasangari menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara dalam acara berpasukan wanita.