PROGRAM Fast Track yang diperkenalkan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dalam membantu perjalanan atlet berpotensi untuk mendapatkan emas di sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari yang turut disenaraikan ke dalam program Fast Track tersebut mengakui gembira apabila mendapat perkhabaran mengenai hal berikut.
Walaupun pemenang pingat emas di Sukan Asia Hangzhou ini masih belum mendalami sepenuhnya tentang kelebihan berada dalam program itu, namun dirinya percaya bahawa ia merupakan salah satu bentuk inisiatif yang dapat meningkatkan lagi semangat atlet untuk menampilkan prestasi lebih baik.
“Sejujurnya saya masih belum memahami tentang program ini, tetapi bagi saya, ianya satu program yang bagus kerana tiga pemai skuasy lain turut tersenarai dalam program.
“Sudah pasti ia satu perkara yang bagus jika atlet itu diberi perhatian ketika mereka dapat menghasilkan sesuatu yang cemerlang.
“Jadi saya gembira kerana berada dalam program ini dan saya akan terus mengikuti dasar program sekali gus melakukan yang terbaik pada masa akan datang,” katanya selepas ditemui dalam Majlis Kerjasama antara CIMB Group Holdings dan Sivasangari.
Program Fast Track yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Road To Gold (RTG) sebelum ini untuk menyenaraikan dua kategori sukan iaitu terjun dan skuasy.
Seramai enam atlet yang terawal menyertai program Fast Track adalah Betrand Rhodict, Enrique Maccartney dari terjun manakala Ng Eain Yow, S Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman mewakili skuasy.
Terdahulu, Sivasangari,25, juga telah memaklumkan sasarannya dalam LA 2028 iaitu dengan membawa pulang pingat emas ke Malaysia.
Artikel Berkaitan: S.Sivasangari sasar kelompok 10 terbaik dunia