MEMILIKI kemahiran tinggi sahaja tidak cukup dalam sukan moden, kerana Lee Zii Jia perlu memiliki gabungan, kemahiran dan menguasai tekanan.
Pengarah Kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng berkata, Zii Jia, 25, mempunyai bakat tinggi dalam badminton namun untuk berjaya ke tahap lebih tinggi memerlukan seseorang pemain itu datang dalam pakej yang lengkap.
“Dia mencipta nama pada usia muda, 23 tahun sudah menjuarai Seluruh England, satu kejohanan besar buat kita dan juga seluruh dunia.
“Sudah tentu ramai meletakkan jangkaan tinggi kepadanya dan menjadi satu tekanan untuk menepati jangkaan daripada peminat, media dan seluruh masyarakat.
After a hard training session, an exclusive first interview with our Director of Coaching, Wong Tat Meng.
From his own words on how destiny brought Coach Tat Meng & @TeamLZJ Together pic.twitter.com/dNE5G9MkzE
— Team LZJ (@TeamLZJ) July 4, 2023
“Selain daripada kemahiran, saya banyak beritahunya mengenai pemikiran, bagaimana psikologi dan cara menguruskan tekanan, menguruskan kejohanan dan jangkaan, semua ini perlu bergabung bukan prestasi di atas gelanggang sahaja,” kata Tat Meng, menerusi rakaman video temubual khas, dikongsi Team LZJ menerusi akaun Twitter rasmi Team LZJ.
Beliau berkata, Zii Jia perlu belajar bagaimana menerima tekanan dari luar, persekitaran, peminat dan media selain perlu yakin dengan diri sendiri bagi menyamai ekspektasi dengan berazam bahawa dia boleh melakukannya.
Begitupun, Tat Meng mengakui, peminat badminton perlu bersabar kerana dalam dunia sukan, tidak konsisten juga perkara yang biasa: “Bukan untuk Zii Jia sahaja, ramai atlet di dunia juga mengalami masalah itu.
“Kita tak boleh kawal perkara ini namun jika Zii Jia mahu berjaya dalam badminton, konsisten adalah salah satu komponennya.”
Jika minggu lalu Zii Jia berada di ranking ke-14 dunia, kemaskini terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini menunjukkan ranking pemain berasal dari Kedah itu turun dua lagi anak tangga ke kedudukan ke-16 dunia.
Dalam pada itu, sebaik Tat Meng memutuskan untuk membantu Zii Jia dan meninggalkan Hong Kong, ramai yang mula mengharapkan pemain profesional negara ini, bangkit menebus kekecewaan di tangan pemamin utama Hong Kong itu.
“Kami akan melayan Ng Ka Long Angus seperti mana lawan-lawan yang lain juga. Ya, memang Ka Long beberapa kali menewaskan Zii Jia kebelakangan ini, tapi kita yakin semua alwan adalah mencabar.
“Saya perlu melihat sendiri bagaimana permainan Zii Jia di kejohanan yang akan disertai di Terbuka Korea, Jepun dan Australia, biar saya lihat dahulu bagaimana prestasinya baru boleh saya mereka bentuk program untuknya,” kata Tat Meng.
Berdasarkan rekod pertemuan dengan Ka Long, Zii Jia tewas tiga kali dan hanya menang sekali pada pertemua pertama mereka di Terbuka Jerman 2019.
Pemain negara itu tewas tiga kali di Terbuka New Zealand 2019, Indonesia Masters 2023 dan Kejohanan Badminton Asia di Dubai, April lalu.