SASARAN tinggi ke final seperti ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal apabila skuad bola sepak bawah (B-22) tahun tewas 1-2 kepada juara bertahan, Vietnam sebentar tadi.

Hujan yang membasahi padang di Stadium Prince, Phnom Penh sejak petang menyebabkan kedua-dua pasukan bermain berhati-hati dengan kawalan hantaran bola yang laju dan sedikit licin.

Belum sempat Malaysia mengatur serangan, pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Mukhairi Ajmal.

Van Thung Nguyen yang diberi tugas berjaya menjaringkan bola muntah hasil penalti walaupun pada mulanya cuba diselamatkan oleh Sikh Izhan Nazrel m-6.

Serangan demi serangan Vietnam mengakibatkan pintu gawang negara bolos kali kedua menerusi tandukan kencang Van Tung selepas hantaran cantik dari sebelah kiri.

 

Tidak putus asa, Harimau Malaya B-22 akhirnya dapat menghasilkan jaringan pertama melalui Aiman Aliff setelah penjaga gol Vietnam gagal menangkap kemas sepakan percuma Aliff Izwan m-42.

Gol penyamaan mampu terhasil sebelum berakhir babak pertama tetapi peluang itu dipersiakan oleh Aiman Afif yang memilih merembat liar.

Kelebihan fizikal serta ketinggian pemain Malaysia dilihat kurang fleksibel apabila kerap kali pemain lawan mudah mengucar-kacirkan dengan larian yang pantas.

Najmudin Akmal nyaris mencetak nama selalu penjaring pada babak kedua namun sepakannya tersasar daripada gawang gol.

Tidak banyak permainan berbahaya dijana barisan hadapan termasuklah malang menimpa dua pemain negara, Safwan Mazlan dan Najmudin dilayangkan kad merah. Malah, kedudukan kekal sehingga tiupan wisel penamat.

Skuad negara bimbingan E Elavarasan hanya mengutip tiga mata dan menanti pertemuan pelengkap jadual kumpulan berdepan Singapura pada Khamis.

Kegagalan di temasya ini turut memanjangkan tahun negara untuk mengulangi pencapaian gemilang Malaysia merangkul ‘ibu segala emas’ 12 tahun lepas di Jakarta.