HAJAT pasukan e-sukan Malaysia meraih emas terbantut apabila akur kepada kekalahan tuan rumah acara Attack Online 2 di Naga World 2, Phnom Penh di sini.

Trio negara dianggotai oleh Shah Rullah, Izwan, Iqbal, Reydza, Izzat terpaksa berpuas hati tewas 0-3 pada perlawanan pingat emas.

Walaupun cuba memberikan cabaran tetapi pemain Kemboja menggunakan kelebihan halaman sendiri bagi mematahkan strategi di pasang kem negara.

Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik pasukan Thailand.

Terdapat lima acara e-sukan yang bakal dipertandingkan dalam Sukan SEA 2023 iaitu MLBB, PUBGM, VALORANT, MAT/AK2 dan Cross Fire.

Kesemua acara e-sukan ini disertai oleh Malaysia kecuali Cross Fire.

Sebagai rekod, ketika e-sukan mula dipertandingkan pada Sukan SEA 2019 di Manila, Malaysia membawa pulang satu emas menerusi Hearthstone dan satu gangsa menerusi MLLB berpasukan.