TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menjemput pasukan Harimau Malaya ke majlis santapan malam di Johor Bahru pada Selasa.

“Menjunjung kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas perkenan baginda menjemput barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam,” menurut kenyataan Facebook FAM pada Selasa.

Ketika ini, anak buah Kim Pan-gon giat menjalani latihan pusat bersama 27 pemain negara di Padang Sri Gelam, Johor Bahru.

Turut kelihatan pemain pertahanan yang beraksi untuk kelab Buriram United, Dion Cools yang baru tiba hari ini.

Malaysia akan bertemu Turkmenistan dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis diikuti menentang Hong Kong,  28 Mac 2023.