SKUAD ragbi Bunga Raya 7 sebelah (7s) lelaki dan wanita telah bersiap sedia untuk menguji kekuatan barisan utama pasukan, dalam Kejohanan Ragbi Sea Sevens yang akan bermula pada esok hingga 3 Mei 2024.

Saingan yang diadakan di Singapura itu akan memperlihatkan 12 watak utama untuk pasukan lelaki, sama juga dengan pasukan wanita dan mempunyai tambahan seorang lagi pemain simpanan.

Antara nama pemain-pemain skuad ragbi lelaki negara adalah Muhammad Zulhisham Rasli, Mohamad Shah Izwan Nordin, Muhammad Kamal Hamidi Mohd Raihan dan Muhamad Hafiezie Sudin.

Senarai nama pemain ragbi lelaki negara.

Selain itu, Wan Azley Wan Omar, Muhammad Safiy Md Said, A’mmar Mohammad Zamri, Azwan Zuwairi Mat Zizi, Hariz Ezzat Hamidon, Harith Iqbal Muhamad Anhar, Ahmad Zulhilmi Azizad, Adeen Imann Putra serta Akmal Hakim Nordin (simpanan).

Manakala senarai pemain ragbi wanita yang dibawa ke Singapura adalah Rozliana Mohd Ridwan, Fatin Hidayah Mohd Nazri, Kajolin Jenisin, Dinah Syafiqah Sadali, Nur Izzah Azizan dan Josie Mavcellina Anak Gone.

Seterusnya, Valerie Anak Juan, Wan Noor Shafiqa, Norfarahana Aziz, Nur Alya Nabila Samsubahari, Dayang Anak Manggie, Henrietta Davide dan seorang simpanan, Siti Nursyamimi Tajuddin.

Barisan pemain wanita skuad ragbi 7s negara.

Malaysia akan memulakan aksi perlawanan Sea Sevens dengan pertemuan antara skuad ragbi lelaki negara bersama pasukan lelaki Singapura pada hari pertama kejohanan, diikuti dengan pasukan Indonesia dan juga Thailand.

Skuad wanita pula bakal membuat perhitungan pertama, berjumpa dengan pasukan Laos dan disusuli dengan pasukan Thailand.

Terdahulu, FLASH SUKAN melaporkan bahawa skuad ragbi lelaki negara telah mengadakan satu aksi ujian menentang Singapura di Stadium Ragbi Johor pada Sabtu lalu.

Malaysia berjaya menyamakan keputusan 12-12 dengan Singapura dan pastinya mereka perlu bekerja lebih keras untuk perlawanan sebenar, Kejohanan Ragbi Sea Sevens iaitu ujian pertama untuk pasukan negara tahun ini.