Foto: PSAWorldTour

PEMAIN skuasy wanita negara, Yee Xin Ying tidak mampu menggugat kehebatan pilihan utama kejohanan, Chan Sin Yuk dari Hong Kong, apabila tunduk kepqda pemain ranking ke-36 dunia itu pada aksi final Terbuka Bega, Australia pada Ahad.

Xin Ying yang kini di ranking ke-91 dunia tewas 7-11, 6-11, 3-11 dalam masa 22 minit.

Xin Ying bermain cemerlang di kejohanan ini terutamanya selepas melakar kejutan ke atas pilihan kedua kejohanan dari England, Grace Gear di peringkat separuh akhir.

Meskipun gagal meraih gelaran kedua tahun ini prestasi ditunjukkan pemain berusia 18 tahun itu sangat memberangsangkan.

Bulan lalu, dia menjuarai Terbuka NSW, juga di Australia.

Selain itu, Xin Ying mencatat prestasi yang baik sepanjang tahun ini dengan mara ke separuh akhir di Kejohanan Remaja bawah 19 tahun Asia di Thailand, selain empat suku akhir di Trofi Tuanku Mukhriz, Kejohanan Kebangsaan Malaysia, Terbuka Sandgate dan Karachi.

Sementara itu, pikihan kedua lelaki dari Hong Kong muncul juara selepas menundukkan pemajn England, Rex Hedrick 11-8, 11-5, 11-8 dalam masa 43 minit.