ENGLAND berhak mencapai kemenangan besar 6-2 ke atas Iran, kerana skuad bimbingan Gareth Southgate itu mempunyai kekuatan luar biasa secara mendalam yang dipamerkan pada aksi pembukaan Kumpulan B, Isnin malam.

Namun, mereka mesti meningkatkan kekuatan di benteng pertahanan jika mahu pergi jauh dalam kejohanan ini.

Hal itu diakui sendiri Southgate, mereka perlu menambah baiki posisi itu menjelang pertemuan dengan barisan pemain muda Amerika Sarikat (AS) serta Wales yang diketuai Gareth Bale nanti.

Southgate ternyata kecewa dengan cara pasukannya melepaskan dua gol ketika berdepan Iran yang seolah-olah hilang permainan dalam perlawanan itu.

“Sungguh saya tidak berpuas hati dengan penghujungnya. Memenangi dengan margin itu, bermain sebagaimana kebanyakan perlawanan kami lalui sebelum ini, kami seharusnya gembira.

“Para pemain mengawal permainan dengan sangat baik. Tekanan yang kami lakukan sangat bagus, pergerakan kami sangat bagus. Saya tentunya sangat gembira. Tetapi kami tidak sepatutnya melepaskan dua gol pada peringkat ini. Kami lebih baik ketika menentang Amerika Syarikat,” katanya selepas perlawanan.

Pada perlawanan pertama itu, England memperoleh dua gol menerusi Bukayo Saka dan masing-masing satu gol daripada Raheem Sterling, Jude Bellingham, Grealish dan Rashford.

Manakala dua gol Iran dijaringkan penyerang berbisanya, Mehdi Taremi.