SRI Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sarawak United FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Rabu malam. 

Pada pertama menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengawal permainan dan memperolehi beberapa peluang namun gagal menemui penyudah.  

Layangan kad merah kepada Muslim Ahmad ekoran terjahan dari belakang menggunakan kedua-dua kaki tidak menjejaskan rentak permainan Sri Pahang FC. 

Pada minit ke-48, Manuel Hidalgo memecah kebuntuan dengan rembatan deras yang menerjah jaring meletakkan Sri Pahang FC mendahului Sarawak United 1-0 pada babak pertama.

Babak kedua pula menyaksikan penyerang Sarawak United FC, Nur Shamie menghukum kealpaan benteng pertahanan Sri Pahang FC yang kehilangan Muslim dengan jaringan penyamaan pada minit ke-55 menjadikan kedudukan terikat 1-1.

 

Jaringan itu sekaligus menyuntik semangat skuad The Golden Hornbill dengan asakan bertali arus mengakibatkan benteng pertahanan Sri Pahang terpaksa melakukan terjahan ke atas Gopinathan dalam kotak penalti sekaligus dihadiahkan sepakan penalti. 

Uche Agba tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk Sarawak United FC mendahului Sri Pahang FC, 2-1.

Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Sarawak United berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Sri Pahang FC 2-1.

Kekalahan tersebut meletakkan Sri Pahang FC berada di tempat ke-8 manakala Sarawak United menghuni tangga ke-10 masing-masing dengan 7 mata.