MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras akan menjadi venue perlawanan akhir Piala MFL 2023 yang bakal berlangsung pada 11 November 2023, jam 8.15 malam.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menjadi gelanggang berkecuali bagi kemuncak aksi perlawanan akhir sulung yang bakal mempertemukan pasukan bawah 23 tahun, Terengganu FC II dan Johor Darul Ta’zim II.

Mengenai penjualan tiket perlawanan akhir Piala MFL 2023, MFL akan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Terengganu FC II dan Johor Darul Ta’zim II terlebih dahulu sebelum hebahan dilakukan dalam waktu terdekat ini.