STADIUM Darul Aman akan menjadi pertarungan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara AFC 2 apabila Kedah Darul Aman FC menanti kehadiran Selangor FC pada Sabtu.

Berdasarkan senario terkini, Selangor ada sikit kelebihan kerana dalam prestasi terbaik serta diperkuatkan beberapa pemain Harimau Malaya terutamanya di barisan hadapan, Faisal Halim.

Kemenangan yang bakal diraih skuad Tan Cheng Hoe akan menjadikan laluan ke peringkat benua lebih lancar untuk Selangor tetapi kekalahan boleh menyaksikan Kedah merebut peluang untuk menduduki tempat kedua dan menghampiri tempat itu.

Permusuhan kedua-dua pasukan selama 90 minit perlawnan bukan sahaja berkisar atas padang melibatkan pemain tetapi buat kem kejurulatihan pelawat.

May be an image of 2 people, people playing football, people playing American football and text that says "FLASH SUKAN SUKAN KELME MUNICH"

Cheng Hoe ‘balik kampung’ bersama penolongnya, Ramón Marcote serta jurulatih penjaga gol, Fouzi Mukhlas yang pernah bersama membimbing Sang Kenari.

Berdasarkan rekod terkini, Selangor berada di tangga kedua liga kini dengan 55 mata daripada 24 perlawanan, dua mata di depan Kedah di tempat ketiga, yang mempunyai 53 mata daripada 24 perlawanan.

Namun, kekuatan Kedah bakal dibantu kira-kira lebih 25,000 penyokong sejati hijau kuning yang dijangka membanjiri gelanggang berpusat di Bandaraya Alor Setar.

Nafuzi Zain juga mula memasang impian bagi membantu anak buahnya mengejar misi ke Asia dengan syarat, menjadikan Selangor lawan pertama yang perlu ‘dipangkah’ terlebih dahulu di laman sendiri sebelum terbang ke Likas pada 17 Disember bagi penentuan gelaran posisi kedua liga.

May be an image of 3 people, people playing American football, people playing football, grass and text

Kedah pastinya menyandarkan Ifedayo Olusegun untuk mengecewakan bekas pasukannya, Selangor yang meledak 50 gol sepanjang 43 penampilan bersama kelab Lembah Klang itu dari 2019 hingga 2021.

Sentuhan tajam empat gol Ifedayo  sewaktu membedil Kelantan FC ditagih sekali lagi bagi menjayakan misi meraih tiga mata sekali gus meraih slot ke Asia musim depan.

Pada aksi pertama antara kedua-dua pasukan Mei lalu, Kedah tewas 2-3 kepada skuad Red Giants ketika beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).