NOT the first place I thought I would be visiting once I reach Malaysia…” status InstaStory milik pemain beregu wanita negara, M.Thinaah menimbulkan tanda tanya, apatah lagi memaparkan pintu unit rawatan rapi (ICU/CCU).

Usaha Flash Sukan mendapatkan penjelasan tuan punya badan mengenai perkongsiannya di Instagramnya “thinaah_m” tidak berjaya.

Malah pada story itu juga tercatat ayat All is well, everything will be alright.

Pearly Tan sahkan tiada bencana menimpa M Thinaah mahupun ibu bapanya, sebaliknya pemain beregu terbabit menziarah ahli keluarga yang dirawat di hospital sejurus elepas pulang dari Terbuka Switzerland, semalam.

Bimbang dengan keadaan diri pemain badminton nombor lapan dunia itu, kami akhirnya dapat menghubungi rakan gandingannya Pearly Tan.

“Tidak, Thina ok sahaja, bukan ibu dan bapanya di hospital tetapi saudaranya yang lain,” kata Pearly ringkas menafikan kemungkinan Thinaah atau ahli keluarga terdekatnya ditimpa bencana.

Menurutnya, pada Jumaat mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9 malam, kembali dari aksi di Swiitzerland, dan Thinaah terus bergegas ke hospital.

Begitupun, Pearly tidak dapat memastikan hospital mana dan siapakah ahli keluarga Thinaah yang dirawat di ICU/CCU terbabit.

Flash Sukan turut mendoakan ahli keluarga Thinaah yang ditimpa bencana itu agar cepat sembuh.