BELUM pasti sama ada Darwin Nunez akan dapat bermain kerana mengalami kecederaan menjelang pertembungan antara Arsenal dan Liverpool pada Minggu ke-23 Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Nunez mencipta rekod ketika Liverpool menewaskan Chelsea 4-1 dalam perlawanan tempoh hari. Bagaimanapun, ini bukanlah rekod yang menggembirakan kerana penyerang Uruguay itu terkena tiang empat kali.

Nasib malang Nunez ditambah lagi dengan kecederaan yang kaki sehingga terpaksa meninggalkan padang permainan dengan memakai pelindung kaki.

Image

Lapor dari Metro, hasil imbasan menunjukkan tiada bahagian kaki yang patah. Kecederaan yang dialami Nunez kini dipantau oleh pasukan perubatan The Reds.

Dalam sesi sidang media menjelang perlawanan, jurulatih Jurgen Klopp mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada Nunez akan dapat bermain atau terpaksa tidak hadir apabila bertemu Arsenal.

“Saya tidak tahu sama ada Darwin boleh bermain atau tidak. Dia keluar stadium dengan memakai kasut dan ia bukan kasut bola. Tiada apa-apa yang serius, x-ray jelas tetapi kita perlu melihat sama ada dia boleh kembali cergas kerana kita semua tahu ia memerlukan masa.” kata Klopp.

“Saya tak nampak pagi tadi. Jadi, kita kena tunggu,” sambungnya.

Jika Nunez tidak bermain maka ini akan menjadi masalah baru buat Liverpool. Ini kerana penyerang sayap Mohamed Salah juga masih tidak hadir akibat kecederaan ketika memperkuatkan Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika.

Salah mengalami kecederaan ketika Mesir menentang Ghana, 18 Mac. Pemain berusia 31 tahun itu dijangka diketepikan selama tiga minggu.