STL Fantasy League kini kembali untuk musim kedua dan bersedia untuk membuka peluang kepada sesiapa yang mahu menjadi pengurus dalam sukan sepak takraw.

Seramai 10 pasukan melibatkan 80 pemain termasuk pemain import akan berentap merebut kejuaraan musim ke-9 ini yang telah pun bermula pada 26 Mei 2023. Anda  hanya perlu bertindak sebagai seorang pengurus dan memilih barisan pemain impian anda untuk membentuk pasukan mengikut bajet yang telah diberikan serta boleh melalukan menukaran dari semasa ke semasa mengikut had yang ditetapkan.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John menekankan STL Fantasy League adalah bertujuan bagi mengukuhkan lagi sukan sepak takraw dalam tanah air sekaligus memberikan kepuasan kepada penyokong khususnya buat golongan milenial yang meminati sukan ini.

Foto: FB SepakTakraw League

“Pada tahun lalu, buat pertama kalinya juga Astro telah memperkenalkan dan sambutan amat memberangsangkan apabila seramai 7 ribu peserta telah menyertainya.

“Saya yakin ramai penyertaan baru akan bertambah pada tahun ini , sekaligus merebut peluang memenangi hadiah tajaan daripada Emas Anuar, Idemitsu dan Li Ning,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Foto: FB SepakTakraw League

Jelasnya lagi, mereka yang meminati sukan sepak takraw dapat memperluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka mengenai setiap pemain dalam semua pasukan dengan menyaksikan aktiviti terkini STL secara langsung di Astro Arena dan Astro Go.