PEMANAH compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki mengharapkan tuah busur baharu untuk meraih kemasyhuran di Sukan Asia Hangzhou, hujung bulan ini.

Juwaidi, 33, membuat penukaran busur baharu jenama lain yang diyakini boleh membantunya membuat panahan tepat dan konsisten.

Menurutnya, penggunaan busur baharu jenama PSE Archery  menjadi tren terkini pemanah profesional, kerana membantu meningkatkan prestasi pemanah dalam apa jua termasuk pergerakan angin.

Mohd Juwaidi Mazuki yakin dengan prestasi busur baharu dari jenama PSE, boleh membantunya di Sukan Asia Hangzhou, 23 September hingga 8 Oktober depan.

“Perubahan paling ketara yang saya buat dari segi teknik panahan, ia banbyak membantu selain pendedahan menerusi pergaulan dengan pihak luar seperti wakil-wakil pembuat busur, saya berinteraksi dan bertukar fikiran mengenai aspek teknikal busur, banyak pengetahuan dapat say gunakan untuk meningkatkan prestasi.

“Balik  dari Paris (Piala Dunia Memanah Stage 4 Paris) Ogos lalu, saya dapati perubahan prestasi lebih ketara kerana saya tukar peralatan (busur) apabila saya menandatangani kontrak tiga tahun bersama syarikat pembuat alatan memanah (PSE Archery), untuk menggunakan jenama mereka.

“Jenama itu sekarang antara paling baik ketika ini,” kata Juwaidi, ditemui selepas lawatan Ketua Kontinjen Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt di Majlis Sukan Nilai.

Mohd Juwaidi Mazuki baru menggunakan busur baharu jenama PSE kria -kira dua minggu, namun pada latihan scoring semalam, sudah berjaya mencatat kurang satu mata di bawa rekod dunia.

Sebelum ini, Juwaidi menggunakan busur jenama HOYT, juga dari Amerika Syarikat (AS), namun dia berasa lebih serasi dengan PSE Archery yang baru kira-kira dua minggu digunakan.

“Sebelum ini saya sudah pernah mencuba busur PSE, namun kali ini secara rasminya.

“Sistem FDS (full draw stability) yang ada pada busur ini sangat stabil dan teknologi ini belum ada pada busur jenama lain.

“Ia banyak membantu ketika membuat panahan dan lebih mudah untuk saya menggunakan kaedah memanah yang sering saya gunakan.

Busur jenama PSE mempunyai teknologi yyang menstabilkan pergerakan, tidak ada pada jenama lain.

“Jika menggunakan busur lain, akan berlaku gangguan pergerakan tetapi busur ini (PSE) tidak bergerak dan sangat stabil,” katanya yang mengharapkan tuah busur baharu mengiringinya di temasya Hangzhou.

Menurutnya, prestasinya menggunakan busur baharu akan diuji pada kejohanan tempatan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

“Sewaktu latihan scoring semalam (Khamis), saya berjaya mencatat mata hanya kurang satu di bawah rekod dunia, jadi saya berasa yakin dengan burus ini.”

Kim Fatt ketika melawat kem latihan memanah Sukan Asia Hangzhou, di MSN Nilai.

Pada Piala Dunia Paris, Kejohanan Dunia Berlin Ogos lalu, Juwaidi sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-33.

Dia meraih pingat perak di kejohanan Piala Asia Singapura Jun lalu, pingat gangsa Stage 1 Piala Dunia di Antalya, Turkeye pada April, dan gangsa di Piala Asia Leg 1 (March).

Di temasya Hangzhou, Juwaidi akan bersaing dalam acara compound individu, beregu campuran dan berpasukan lelaki.