KESEMUA atlet angkat berat negara dalam keadaan siap sedia menghadapi temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bakal bermula hujung bulan ini.
Jurulatih angkat berat, Yon Haryono memberitahu, suasana dalam kem begitu ceria dan segalanya berjalan lancar mengikut perancangan di susun.
Penyertaan edisi kali ini bukan sebagai pelengkap apabila para atlet menjalani latihan di Indonesia yang dalam misi memburu pingat emas.
“Kesemua atlet kita berkampung di Lampung sebelum bermulanya temasya sukan tersebut untuk persiapan akhir mereka.
“Jumaat (semalam) adalah latihan terakhir kami di sini dan hari ini akan berangkat ke Birmingham,” katanya kepada FLASH SUKAN pada Sabtu.
Menurut Yon, pihaknya sudah mempunyai barisan atlet angkat berat terbaik yang mengibarkan cabaran negara.
Mereka adalah, Muhamad Aznil Bidin, Mohamad Aniq Kasdan, Muhammad Erry Hidayat, Mohamad Nasir Roslan, Muhammad Hafiz Shamsuddin, Elly Cascandra Engelbert dan Marceeta Marylyne Marcus.
Angkat berat antara sukan diletakkan sasaran tujuh pingat emas untuk dibawa pulang pada temasya yang dijadual berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos itu.