PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
“Berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutup, saya percaya atlet kita akan terus pamer aksi cemerlang di Kemboja,” katanya dalam hantaran di Twitter.
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 semalam sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Tahniah kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.#DemiMalaysia#MalaysiaMADANI https://t.co/CL6M9En7JK
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 6, 2023
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.
Malaysia mengambil langkah berani dengan menetapkan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa di temasya berkenaan yang membuka tirai Sabtu lalu dan akan berakhir pada Jumaat.
Penampilan kem negara kali ini yang membabitkan 114 orang atlet dan 84 orang pegawai tanpa beberapa jaguh dunia seperti Mohamad Ridzuan Puzi, Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Jong Yee Khie (powerlifting) serta Cheah Liek Hou (badminton).