MUHAMMAD Khairi Adib Azhar mencuri tumpuan peminat di Gimnasium Bac Tu Liem, Hanoi apabila memenangi pingat emas acara silat kelas B Lelaki (50-55 kg) sebentar tadi.

Dia mengalahkan pesilat Indonesia, Khoiruddin Mustaqim dalam aksi akhir dengan kemenangan 50-49.

Terdahulu dua pesilat wanita negara tewas dalam perlawanan akhir.

Siti Shazwana Ajak sekadar meraih pingat perak kategori 65-70kg apabila akur kehebatan pesilat Singapura, Nurul Suhaila Mohamed Saiful.

Sementara itu, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang beraksi dalam kategori 70-75kg juga tumpas kepada pesilat tuan rumah, Quang Thi Thu Nghia.