KETUA jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney bergegas ke Hospital Province Nam Dinh, Vietnam selepas perlawanan pada Sabtu bagi melihat keadaan pemain pertahanan, Azam Azmi Murad.
Azam yang mengalami kecederaan di kepala akibat terhantuk dengan pemain Thailand, Jaturapat Sattham pada minit ke-62, bagaimanapun dibenarkan keluar hospital.
Sementara itu, tinjauan Flash Sukan di Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapati penyokong negara menitipkan doa kesejahteraan buat Azam Azmi.
Mohammad Redzuan Chik membuat hantaran dengan menulis : “Semoga lekas sembuh InshaAllah…💪💪”
Manakala, pemilik akaun yang menggunakan nama Mwr Mdm mahu Azam Azmi cepat sembuh kerana pasukan Malaysia perlukan kudratnya.
Azahar Salih pula menulis : “Semoga anak-anak Malaysia ini akan berjaya di Sea Games 2022.”
Pasukan junior negara membuka langkah kanan dalam kempen bola sepak lelaki Sukan SEA 2021 bagi Kumpulan B dengan menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Thien Truong.
Skuad Brad Maloney ini akan meneruskan aksi kedua bertemu Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) ini dan Kemboja pada 16 Mei.