PEMAIN tunjuk prestasi sebenar cuma rezeki tak menyebelahi kita untuk menang emas”.

Itu kata ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad yang tetap gembira pencapaian pemain meraih pingat perak acara antara regu lelaki Sukan SEA 2021.

Terdahulu, Malaysia meraih pingat perak dalam acara antara regu di Hoang Mai Sports Center, Hanoi apabila kalah kepada kehebatan regu Thailand, 21-18, 21-13.

Dia juga positif melihat pemain muda yang merupakan prospek yang baik untuk negara serta persaingan sihat antara junior dan senior yang boleh meningkatkan lagi mutu sepak takraw.

Sementara itu, tekong negara Zarif Marican Ibrahim Marican akui banyak kesilapannya punca disebalik kegagalan Malaysia mendapatkan pingat emas.

“Ini adalah pengajaran kepada saya dan kejohanan kedua Sukan SEA. Jadi saya dapat belajar dan kenal pasti kelemahan apa kekurangan yang ada,” ujarnya bersyukur membantu negara menyumbang dua pingat perak edisi dwitahunan kali ini.