DUA wakil beregu campuran negara bermula garang setelah menewaskan lawan masing-masing dalam aksi badminton Sukan SEA Hanoi, 2021 yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang pada Khamis.

Beregu campuran no. 23 dunia, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mudah mengatasi gandingan Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Laksika Kanlaha dengan kemenangan 21-8, 21-16.

Rentak cemerlang tersebut diteruskan gandingan beregu campuran no. 29 dunia, Chen Tang Jie- Peck Yen Wei yang mengenepikan cabaran Singapura, Hee Yong Kai Terry- Tan Wei Han Jessica juga dengan straight set 21-19, 21-19.

Cabaran negara bakal diteruskan tiga wakil dari kategori berbeza iaitu Siti Nurshuhaini, Lee Shun Yang dan gandingan beregu wanita, Cheah Yee See-Cheng Su Hui, dalam aksi yang akan bermula jam 12 tengahari waktu Malaysia.