HARI yang ceria buat Kontinjen Malaysia apabila atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei membuka tirai hari pertama olahraga dengan khabar gembira dengan meraih pingat emas, sebentar tadi.

Dalam saingan akhir di Stadium Nasional My Din, Hanoi semua peserta diberikan peluang membuat enam kali balingan bagi mencari pemenang dan Grace mendapat mata terbaik.

Sementara itu, jaguh baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong kembali merangkul emas yang dirampas oleh atlet Thailand, Kittipong Boonmawan ketika temasya Sukan SEA Filipina.

Jackie Wong memperoleh mata 66.49m dengan balingan terbaik walaupun Kittipong pada satu ketika berada kedudukan pingat emas sebelum kembali dipintasnya.

Pencapaian dilakar itu memastikan kita menyapu bersih kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan.

Manakala, Sadat Marzuki turut menambah koleksi kutipan pingat apabila memenangi untuk gangsa.

Akan menyusul..