SKUAD Malaysia B-23 gagal layak ke final selepas dikalahkan Vietnam 1-0 aksi separuh akhir penuh dramatik acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2021, sebentar tadi.

Pada pertemuan di Stadium Viet Tri, Phu Tho, gol kemenangan tuan dihasilkan oleh Nguyen Tien Linh minit ke-111 sekali gus pemisah kedua-dua pasukan.

Kemasukan Hadi Fayyadh Abdul Razak menggantikan Danial Asri di pertengahan permainan sedikit mengubah rentak negara dengan penyerang kelab Jepun, Azul Claro Numazu itu beberapa kali mengundang bahaya di kubu tuan rumah.

Kekalahan tersebut menyaksikan pasukan muda negara terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau 11 tahun merangkul pingat emas temasya sukan dwitahunan itu selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2011 di Indonesia.

Anak buah Brad Maloney akan membuat perhitungan pingat gangsa bertemu Indonesia yang tewas 1-0 kepada Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir yang dicemari layangan empat kad merah pada sebelah yang di Nam Dinh.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh Hanoi, pada Ahad.