Laporan oleh Jurufoto, Mohd Izari Rosli dari Hanoi.
PENGALAMAN pertama membuat liputan Sukan SEA 2021 selepas pasca COVID-19 memberikan penulis satu kepuasan dan pengalaman berharga dalam dunia media.
Sebagai jurufoto, penulis harus cepat memikirkan idea dan sudut gambar yang terbaik untuk tuntutan pihak majikan dan semestinya memberikan nilai kepuasan kepada pembaca di Flash Sukan.
Banyak momen manis dapat penulis ambil termasuklah semasa hari pembukaan temasya Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh yang penuh warna warni dan meriah pada 12 Mei lepas.
Kesempatan beramah mesra bersama rakan jurufoto dari Malaysia dan luar negara menguatkan lagi semangat penulis menghasilkan imej dan video yang menarik.
Antara pengalaman yang tak boleh dilupakan apabila penulis bersama rakan wartawan, Mohd Fahmi Ismail diarahkan membuat liputan acara pencak silat di Gimnasium Bac Tu Liem. Semasa pertarungan Al-Jufferi Jamari dengan atlet Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid dia mengalami kesakitan dan tetap berlawan seperti biasa.
Tugas penulis adalah merakam detik foto tetapi pada masa sama sedih dan bercampur sebak melihat Al-Jufferi melawan habis-habisan dan keputusan diketahui gagal ke perlawanan akhir. Satu pengalaman berharga apabila kami segera bergegas menemuramah dia dan layanan diterima cukup baik walaupun dalam kesakitan.
Kalau nak bercerita pasal cabaran, banyak sebenarnya untuk dikongsi. Cukuplah dahulu coretan dari penulis.
Berikut penulis sertakan beberapa keping foto semasa berada di bumi Hanoi, bermula dari 10 Mei hingga 24 Mei 2022.