ATLET bola tampar wanita negara, Yong Jia Tian menyifatkan satu penghormatan besar apabila sekali diberi peluang mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2021.
Dia boleh dianggap pemain yang cukup berpengalaman kerana sudah menyertai pasukan di temasya ini sebanyak tiga kali sepanjang karier.
Jia Tian juga tanpa segan silu berterima kasih kepada semua pihak sehingga berada pada tahap tertinggi ini.
“Cepatnya masa berlalu, tanpa sedar sudah 2022, satu penghormatan, bersyukur dan gembira kerana dapat mewakili Malaysia ke Sukan Sea yang lebih tinggi.
“Terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan mereka sepanjang masa. Terima kasih kepada setiap jurulatih yang membesarkan saya dan membimbing saya.
“Terima kasih kepada setiap ahli pasukan atas apa jua bantuan yang mereka berikan. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada HM Group Datuk Liu Han Ming kerana memberikan sokongan yang hebat kepada kami untuk pertandingan ini.
“Semoga bola tampar Malaysia dapat menjadi lebih baik dan lebih diutamakan. Ayuh Malaysia! ,” katanya dipetik dalam Facebook Malaysia Volleyball Grassroots Development pada Rabu.
Memulakan kerjaya bola tampar pada usia sembilan tahun, rekod penampilan Jia Tian amat memberangsangkan apabila turut terbabit pertandingan domestik Bawah-14, B16, B18 dan SUKMA.