PERSEORANGAN muda negara, Kok Jing Hong tewas kepada pilihan ke-10 dunia, Loh Kean Yew dalam pusingan ke-16 acara badminton individu Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Khamis.
Pemain muda itu mencipta kejutan pada set pertama apabila mudah menundukkan Kean Yew dengan pungutan mata 21-18.
Bagaimanapun, Loh Kean Yew dapat membaca rentak pemain muda negara itu pada set kedua sekaligus menang mudah 21-15.
Pemain Singapura itu membuktikan kejaguhannya pada set ketiga setelah menang mudah 21-11 menewaskan Jing Hong dan meletakkan Kean Yew mara ke suku akhir.