SELEPAS gagal mara ke perlawanan akhir bola sepak, Indonesia memberi tumpuan aksi derbi Nusantara menentang Malaysia dalam penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh, pada Ahad.
Walaubagaimanapun, jurulatihnya Shin Tae-yong sedikit sangsi mengenai susunan pemain selepas beberapa pemain tidak boleh bermain akibat layangan kad merah perlawanan tempoh hari dan dihimpit krisis kecederaan.
Firza Andika, Rachmat Irianto, dan Ricky Kambuaya di buang padang manakala Egy Maulana Vikri dan Alfeandra Dewangga diragui tahap kecergasan.
“Jujur saya masih ragu-ragu adakah dapat menyiapkan pasukan dalam perebutan pingat Sukan SEA dengan baik atau tidak.
“Namun, Indonesia B-23 akan tetap memberikan saingan yang terbaik untuk menghadapi Malaysia,” katanya Shin Tae-yong di Hanoi, Vietnam.
Pertemuan Indonesia dan Malaysia di edisi kali ini adalah perebutan tempat ketiga Sukan SEA yang pertama sejak tahun 2005.
Ketika itu, pada Sukan SEA 2005 di Filipina, Malaysia menundukkan Indonesia dengan keputusan 1-0.
Manakala, pada Sukan SEA 1985 di Thailand, kedua-dua pasukan juga bertemu untuk tempat ketiga dengan Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dengan satu gol tanpa balas.