HANYA berbaki satu hari sebelum sepak mula peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2021 antara B-23 Malaysia bertemu tuan rumah, B-23 Vietnam di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Vietnam menunjukkan prestasi impresif sepanjang saingan Kumpulan A yang bermula sejak awal Mei lepas. Pasukan yang diketuai Park Hang-seo ini masih clean sheet sepanjang peringkat kumpulan.

Golden Star Warriors menamatkan Kumpulan A sebagai juara. Vietnam mengutip 10 mata, diikuti Indonesia selaku naib juara. Dalam empat kali perlawanan, Nguyễn Tiến Linh dan kawan-kawan belum pernah bolos dan meledakkan jumlah enam gol.

Maksudnya, Vietnam memiliki bahagian pertahanan yang sangat kukuh hingga sulit ditembusi lawan. Rekod cemerlang milik tuan rumah itu kini bakal dipertaruhkan ketika tampil dalam aksi separuh akhir melawan Malaysia yang datang dengan status runnerup Kumpulan B.

Malaysia mara ke separuh akhir dengan memperoleh lapan mata dan berada di bawah Thailand selaku juara Kumpulan B dengan sembilan mata. Pasukan Harimau Malaya muda sebenarnya sempat menunjukkan persembahan bagus di awal fasa kumpulan , termasuk mengalahkan Thailand dengan keputusan 2-1, kemudian ‘mengajar’ Laos, 3-1.

Namun demikian, skuad asuhan Brad Maloney mulai menunjukkan penurunan prestasi setelah bertemu melawan Singapura dan Kemboja. Dua perlawanan ini sama-sama berakhir dengan seri 2-2. Pasukan B-23 Malaysia sudah ditunggu lawan sukar di separuh akhir untuk mendapatkan tiket layak ke final.

Jika menilai berdasarkan keupayaan kedua pasukan dan kualiti, Vietnam yang mendapat dukungan penuh dari penyokong setia di atas kertas lebih menjadi pilihan. Kesebelasan utama pemain B-23 Vietnam vs B-23 Malaysia yang bakal diturunkan nanti bakal membezakan peranan dan taktikal kedua pasukan.

Daripada lima gol yang sudah dihasilkan hanya Đỗ Hùng Dũng saja yang meledakkan lebih dari satu gol. Pemain yang turut menghantar Golden Star Warriors merebut juara AFF Cup 2018 itu telah menciptakan dua gol di Sukan SEA 2022.

Sedangkan empat gol Vietnam lainnya dicetak oleh dari pemain yang berbeza, iaitu Hồ Thanh Minh, Lê Văn Đô, Nguyễn Tiến Linh, dan Nguyễn Văn Tùng.

Untuk perkara yang sama, Malaysia berpeluang meletakkan Luqman Hakim Shamsudin sebagai tumpuan utama di bahagian depan. Penyerang muda kelab KV Kortrijk di Liga Belgium ini sudah menciptakan tiga gol.

Selain itu, Harimau Malaya B-23 juga dapat menggandingkan Hadi Fayyadh serta Danial Asri. Asri boleh menjadi pemain pengacau terutamanya berjaya menjaringkan gol penyamaan semasa bertemu Thailand di peringkat kumpulan.

 

Kesebelasan kemungkinan : 

Vietnam B-23 (4-3-3): Nguyễn Van Toan, Lê Van Do, Bùi Hoàng Viet Anh, Nguyễn Thanh Binh, Phan Tuan Tai, Van Xuan, Do Hung Dung, Lý Công Hoang Anh; Nguyễn Hoang Duc, Nguyễn Tien Linh, Nguyễn Van Tung.

Jurulatih: Park Hang-seo

Malaysia B-23 (4-4-2): Azri Ghani; Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Azam Azmi Murad, Hairiey Hakim Mamat; Zikri Khalili, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Syahir Bashah; Danial Asri, Luqman Hakim Shamsudin.

Jurulatih: Brad Maloney

Rekod Head to Head (H2H) Vietnam vs Malaysia

Jika melihat keputusan head to head sepanjang tiga pertemuan terkini, Vietnam masih unggul ke atas pasukan negara dengan meraih dua kemenangan berbanding sekali milik Malaysia.

Keputusan pertemuan terakhir

02/06/15 Vietnam B-23 vs Malaysia B-23 5 – 1

27/03/15 Malaysia B-23 vs Vietnam B-23 1 – 2

17/12/13 Malaysia B-23 vs Vietnam B-23 2 – 1

 

5 perlawanan terakhir Vietnam B-23 

26/03/22, Croatia B-23 vs Vietnam B-23 1 – 0

06/05/22, Vietnam B-23 vs Indonesia B-23 3 – 0

08/05/22, Vietnam B-23 vs Filipina B-23 0 – 0

13/05/22, Myanmar B-23 vs Vietnam B-23 0 – 1

15/05/22, Timor Leste B-23 vs Vietnam B-23 0 – 2

 

5 perlawanan terakhir Malaysia B-23

18/02/22 Laos B-23 vs Malaysia B-23 2 – 1

21/02/22 Malaysia B-23 vs Laos B-23 0 – 2

07/05/22 Thailand B-23 vs Malaysia B-23 1 – 2

11/05/22 Malaysia B-23 vs Laos B-23 3 – 1

14/05/22 Singapura B23 vs Malaysia B-23 2 – 2

16/05/22 Malaysia B-23 vs Kemboja B-23 2 – 2