Select Page

Sukan SEA 2021: Malaysia gagal raih emas, tunduk 0-3 kepada Thailand

Sukan SEA 2021: Malaysia gagal raih emas, tunduk 0-3 kepada Thailand
PASUKAN muda negara gagal megimbangi kehebatan Thailand apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara berpasukan lelaki Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Bac Giang, Wilayah Bac Giang pada Rabu.
Selepas cemerlang menundukkan pasukan pilihan Singapura 3-2 di peringkat separuh akhir pada Rabu, barisan pemain pelapis negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas 0-3 kepada Thailand.
Perseorangan pertama negara tunduk mudah dengan kekalahan 10-21, 15-21 kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Tentangan sengit beregu muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut gagal menandingi gandingan Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong apabila tewas straight set 20-22, 20 -22.
Episod duka terus menghantui kem berpasukan negara apabila perseorangan kedua, Lee Shun Yang dipaksa berhempas pulas sebelum tewas kepada dalam pertarungan tiga set 21-16, 13-21, 19-21.
Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia terus kempunan pingat emas sejak kali terakhir memenanginya di Sukan SEA Manila, Filipina dengan kemenangan 3-2 menewaskan Indonesia.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamai rekod pencapaian mereka semasa beraksi di Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala Indonesia dan Singapura berkongsi pingat gangsa selepas kedua-dua pasukan berkenaan tumpas di peringkat separuh akhir.

Video Terkini

Loading...