KONTINJEN negara berpeluang menambah satu lagi pingat emas bagi acara snuker apabila Lim Kok Leong ke pentas akhir dalam acara perseorangan snuker lelaki pada Ahad.

Apa yang menarik, atlet berusia 27 tahun itu juga merupakan pemenang pingat emas ke-23 dalam acara perseorangan 6-Red pada 17 Mei lalu.

Timbalan Presiden Persekutuan Snuker Dan Billiards Malaysia (MSBF) Datuk Mohd Anis Hisham Abd Aziz memberitahu, pasukannya hanya mensasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam ini.

“Sekarang kita mungkin dapat dua emas apabila Kok Leong mara ke final esok.

Kok Leong bertemu pemain Laos, Vssiththideth Sakbieng pada aksi separiuh akhir acara perseorangan snuker lelaki pada Sabtu.

“Dia sekarang berada dalam momentum dan semangat yang sangat baik. Esok kita akan bertemu dengan pemain berpengalaman dari Thailand, James Watana.

“Pun begitu, saya nak pemain Malaysia bermain dengan penuh semangat dan keyakinan.

“Nama besar bukan penghalang untuk kita perolehi kejayaan.

“Bermainlah negara dan saya yakin Malaysia boleh,” jelasnya kepada FLASH SUKAN.

Dalam acara perseorangan 6-Red sebelum ini, menewaskan Suchakree Poomjang dari Thailand 5-2.