SKUAD Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Rabu bagi menghadapi acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA 2021 Vietnam.

Memetik Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kesemua 24 pemain negara berada di KLIA, Sepang.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram dan Exco FAM, Saaran Nadarajah serta kedua-dua Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Sukan SEA 2021, Afrita Ariany Nasril dan Melvin Chia.

Penerbangan ini diuruskan oleh Malaysia Airlines Rakan Penerbangan Rasmi FAM.

Sementara itu, penyokong memberikan semangat buat pemain negara dengan meninggalkan hantaran positif di ruangan komen Facebook FAM.

Goodluck skuad b23 negara! abaikan makian, kutukan “fans” harimau malaya dan just fokus pada seagames nanti 🇲🇾 ,” kata Irfan Atok.

Mohd Yusof pula menulis : “Semoga beroleh kejayaan..kemon anak mudaaaa.”

Malaysia bakal membuka tirai saingan Kumpulan B menentang Thailand di Stadium Thien Truong pada Sabtu.