Foto kredit : Bernama

PENERJUN negara, Ong Ker Ying dan Ng Yan Yee telah memenangi emas dalam acara 3m papan anjal seirama akhir wanita di Sukan SEA Hanoi pada Isnin.

Ini merupakan pingat emas keempat Malaysia di Sukan SEA yang dituai di Pusat Akuatik My Dinh.

Gandingan itu mengumpul 276.30 mata keseluruhan manakala pingat perak milik peserta tuan rumah Mai Hing Hanh-Ngo Phuong Mai apabila terjunan mereka berjaya mengutip mata keseluruhan 237.57.

Penerjun Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian berada di kedudukan ketiga menerusi jumlah mata 229.41 namun tidak diberikan gangsa.