Foto : Bernama
PASANGAN penerjun negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei mudah mempertahankan kejuaraan 3 meter papan anjal lelaki mereka di Hanoi hari ini.
Tze Liang-Yiwei menewaskan satu-satunya pencabar mereka dalam acara itu, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh dari Vietnam, dengan mencatatkan 395.79 mata di Pusat Akuatik My Dinh. Tung Duong-The Anh sekadar mengutip 305.64 mata.
Kemenangan Tze Liang-Yiwei menghadiahkan emas kedua kepada kontinjen negara hari ini selepas Nur Dhabitah Sabri memenangi acara 1 meter papan anjal wanita sebelum itu.
Tze Liang akan memburu emas ke-12 apabila akan beraksi dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki pada Isnin.
Ini adalah satu acara yang belum dimenangi oleh Tze Liang sejak dia membuat penampilan sulung di Naypyidaw 2013. Dia menduduki tempat kedua selepas rakan sepasukan, Ahmad Amsyar Azman di Kuala Lumpur 2017.