GANDINGAN baharu beregu wanita negara, Cheah Yee See-Cheng Su Hui berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas berjaya menundukkan lawan dari Filipina, Albo Airah Mae Nicole-Pomar Thea Marie dalam aksi Sukan SEA 2021, Hanoi yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang pada Khamis.

Pasangan beregu yang pertama kali di gandingkan itu jelas tidak menunjukkan sebarang masalah apabila menang mudah ke atas gandingan Filipina, pada set pertama 21-13.

Keserasian jelas terserlah pada set kedua apabila gandingan itu berada pada kelas tersendiri dengan kemenangan 21-11 sekaligus memastikan tiket ke peringkat separuh akhir.

Aksi tersebut melengkapkan kemaraan dua wakil negara dari beregu campuran yang turut menempah tiket ke peringkat separuh akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing.

Bagaimanapun dua wakil perseorangan negara dari kategori lelaki dan wanita terpaksa akur apabila tersekat di peringkat suku akhir setelah tewas kepada lawan masing-masing.