FOTO : FAM
SKUAD Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan tiba di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pagi ini.
Turut hadir, Ketua Kontinjen (CDM) Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyenaraikan 20 pemain negara yang akan bersaing peringkat Kumpulan B bermula pada Rabu.
Skuad muda negara membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023 di mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Prince.
Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.