SKUAD Harimau Malaya B-22 akan membuka perlawanan bola sepak Kumpulan B Sukan SEA 2023 di Kemboja petang ini. Anak buah E Elavarasan akan menentang Laos di Stadium Prince, Phnom Penh.

Atas kertas, tiada masalah buat pemain negara meraih tiga mata berdasarkan persembahan terkini diperagakan termasuk meraih kejayaan Piala Merlion di Singapura.

Namun, rekod pertemuan dua kali kalah pada kejohanan Kejuaraan AFF tahun lepas amat membimbangkan sekiranya pemain memandang rendah keupayaan lawan.

Laos yang terluka tumbang kepada juara bertahan, Vietnam dijangka tampil barisan berbeza untuk mengelakkan risiko kekalahan kali kedua dan pulang awal edisi kali ini.

Berikut adalalah head to head kedua-dua pasukan :

21 Februari 2022 : Malaysia B-22 0-2  Laos B-22
18 Februari 2022 : Laos B-22 2-1 Malaysia B-22