SASARAN 10 pingat emas olahraga yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di temasya Sukan SEA Kemboja 5 hingga 17 Mei depan, bukan mustahil namun siapakah yang menjadi sandaran realistik, menjadi tanda tanya.
Hal itu dibangkitkan atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin yang mempersoalkan sasaran yang ditetapkan tanpa merujuk kepada atlet dan jurulatih.
Mengakui mahu mempertahankan pingat emas dimenangi di Hanoi, namun Irfan sangsi dengan tindakan KOM yang mengumumkan sasaran itu kepada media sedangkan atlet tertanya-tanya siapakah atlet yang menjadi sandaran itu, terutamanya selepas skuad olahraga dibarisi ramai atlet muda.
“Sepatutnya, it will be nice they come and call all these athletes dan bagitahu this is our plan… this is our target berbanding direct announce to media.. kalau kami direct to media mereka tak suka.
“So why not you datang dekat atlet, sembang, disscuss this is our plan. Sending here and here, lagi make sense daripada terus cakap 10 emas.
“Bagi some athletes, apa 10 emas itu, daripada siapa? Atlet mahu tahu.
“Let say (sasaran) gold medal from Sarah (Nur Sarah Adi).. panggil dan beritahu Sarah we want gold from you, what we can do for you to achieve that?
“You cannot say, you go get gold medal. Kena ada plan, apa pelan KOM sediakan untuk capai emas,” ujarnya.
Menurutnya, dalam sukan apa-apa boleh terjadi kerana prospek pingat emas juga boleh mengalami kecederaan sebelum pertandingan, namun sasaran yang ditetapkan hendaklah berlandaskan realiti.
Tambah Irfan, dia sentiasa membuat perancangan di awal tahun dan berhubung dengan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).
Menurutnya, KOM harus mencontohi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengadakan sesi townhall bersama atlet.
Hal yang sama dilakukan MSN tetapi sebaliknya, KOM tidak pernah melakukannya.
“Sekarang KOM dibarisi ramai muka baharu, apa salahnya panggil atlet dan jurulatih berbincang.
“Dulu zaman saya berumur 18, 19, kene pergi merayu kepada mereka nak pergi competition.. kena merayu pergi competition.. not good like that,” katanya.
Pada Jun 2022, Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan sasaran 10 pingat emas untuk dicapai skuad olahraga negara di Temasya Sukan Sea Kemboja Mei depan, selepas baharu kembali menerajui badan induk olahraga itu
.