KETUA Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan, Soleen Al Zoubi menerima keputusan undian peringkat kumpulan acara bola sepak wanita Sukan Sea ke-32 di Kemboja dengan perasaan terbuka meskipun sedar Malaysia berada dalam kumpulan yang sukar.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Indonesia dengan dua daripada pasukan ini bakal beraksi di Kejohanan Piala Dunia Wanita 2023 di Australia dan New Zealand.
Dia juga mahu pasukan yang baru dibentuk ini untuk memberikan aksi yang baik dan menimba pengalaman apabila bertemu pasukan-pasukan terbaik bola sepak wanita rantau ini.
Keputusan Undian Sukan SEA 2023
Skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Filipina, Myanmar & Indonesia bagi acara bola sepak wanita di Phnom Penh, Kemboja, 2 Mei hingga 15 Mei 2023.#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/lYOdGqJs30
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 5, 2023
“Saya rasa kumpulan ini sangat sukar. Ini adalah nasib kami dan tidak ada masalah. Kami akan bermain menentang tiga negara teratas Asia Tenggara dengan dua darinya, Vietnam dan Filipina akan bermain di Piala Dunia Wanita manakala Myanmar juga adalah pasukan yang bagus.
“Saya percaya kita akan melalui satu misi yang kuat dan sukar. Apa yang diharapkan pada tahap ini adalah kami sedang membina pasukan yang baru dengan pemain baharu dengan permainan yang akan diprofessionalkan.
“Kami menjangkakan akan menimba pengalaman dengan penyertaan Sukan Sea ini dan juga boleh mendapatkan keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya persembahan yang baik,” katanya.
Jadual Bola Sepak Wanita Sukan SEA 2023
Skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi akan berdepan Filipina, Vietnam, Indonesia & Myanmar dalam saingan Kumpulan A.
▶️ Separuh akhir, 12 Mei 2023
▶️ Penentuan Gangsa & Final, 15 Mei 2023#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/EPTQmtx9mL— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 5, 2023
Soleen dilantik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memperkasakan sukan bola sepak wanita di negara ini dan Temasya Sukan Sea ini bakal menjadi ujian sulung buat skuad Malaysia Tigress di peringkat serantau.
Malaysia akan membuka kempen di Kemboja menentang Filipina pada 2 Mei sebelum bertemu Vietnam (4 Mei), Indonesia (6 Mei) sebelum bertemu Myanmar pada 10 Mei dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
Sebagai rekod, Malaysia tidak menyertai temasya 2021 di Hanoi manakala tersingkir di peringkat kumpulan pada Temasya 2019 di Filipina dan 2017 di Kuala Lumpur.