KETUA Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe akui kesilapan dan kelekaan daripada anak buahnya memberi peluang kepada pasukan lawan PDRM meraih satu gol.
“Secara keseluruhan mereka bermain dengan baik tetapi sukar untuk menerima keputusan tersebut disebabkan kelekaan, kita dibolosi gol atas kesilapan kita terutama transisi hilang bola apabila menyerang, kita dibolosi bola tersebut.
“Saya tak boleh nafikan pemain main dengan begitu baik, bekerja kera selama 90 minit tetapi itulah bola sepak, apabila pasukan kedudukan atas bermain dengan pasukan bawah, kemungkinan besar keputusan yang mengecewakan seperti ini boleh berlaku,” kata Cheng Hoe dalam sidang media selepas perlawanan.”