SEBANYAK 10,000 permohonan diterima untuk menjadi sukaralewan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20, namun hanya 700 sahaja diterima.

Ketua Setiausaha Kementerisan Belias dan Sukan (KBS), Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, permintaan tinggi menyebabkan pihak penganjur terpaksa disaring.

Menurutnya, semua sukarelawan terpilih, digelar ‘Satria’ akan ditugas di enam venue kejohanan membabitkan Kuala Lumpur, Bangi, Bukit Jalil, Shah Alam, Putrajaya dan Langkawi 16 hingga 24 September depan.

“Kami sedang meneliti persiapan akhir pada peringkat ini, dan pasukan pasukan negeri telah mula membuat pendaftaran.

“Kami juga telah memberikan taklimat kepada mereka mengenai perjalanan Sukma kali ini membabitkan acara sukan, penginapan, makan minum dan segalanya membabitkan temasya kali ini dan tiada apa mereka perlu risaukan,” jelas Jana Santhiran selepas Majlis Pelepasan Penugasan Satria Sukma.

Dalam pada itu, Jana turut memaklumkan prosedur standard operasi (SOP) kesihatan membabitkan Covid19 di temasya Sukma akan tetap dijalankan dengan ketat.

Katanya, sekiranya ada peserta yang disahkan positif, atlet tersebut akan diasingkan dan perlu menjalani kuaratin manakala ahli pasukannya perlu menjalani ujian saringan sebelum dibenarkan bertanding.