KEMENANGAN dua pingat emas di Sukan SEA Hanoi, Vietnam lalu, memahat keazaman Tan Zhi Yan apabila dia mengesahkan dirinya sebagai ‘Raja Taijiquan’ Malaysia, apabila merangkul pingat emas di temasya Sukan Malaysia (SUKMA XX) sebentar tadi.
Persembahan bertenaga dipamerkannya, menyaksikan kontinjen Melaka terus mengungguli sukan wushu.
Pada aksinya sebentar tadi, Zhi Yan meraih 9.650 mata mengatasi pencabar dari Sarawak Mok Xiao Yuan yang mencatat 9.570, manakala atet Negeri Sembilan Wong Zi Hong gangsa (9.556).
“Amat gembira dengan pencapaian ini. Saya struggle sejak Sukan SEA lagi kerana masalah kecederaan tulang belakang.
“Apapun, ini menyuntik semangat saya untuk menyumbang satu lagi emas buat Melaka, dalam acara Taijijian,” kata Zhi Yi.