SKUAD futsal Selangor menepati sasaran sebagai pasukan pilihan selepas menang perlawanan kedua peringkat kumpulan acara futsal lelaki Sukan Malaysia XXI Sarawak dengan menewaskan Perak 8-6 sekaligus menerajui takhta Kumpulan B.

Skuad kendalian Qusmainy Noor itu bagaimanapun diberikan tentangan hebat terutama pada babak kedua sebelum berjaya meraih kemenangan dan kini berkedudukan selesa untuk melangkah ke peringkat suku akhir dengan enam mata.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami pasukan Johor apabila tewas buat kali ketiga berturut-turut sekaligus menyukarkan laluan ke peringkat seterusnya dan perlu berharap kepada keputusan pasukan lain.

Selangor gah hampiri peringkat separuh akhir

Secara matematiknya, mereka perlu mengharapkan Pahang tewas pada baki dua perlawanan iaitu menentang Selangor dan Perak manakala mereka perlu menewaskan Sarawak dengan jumlah jaringan yang besar.

Sementara itu dalam kumpulan A, Terengganu mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas menundukkan Melaka 2-1 sementara Wilayah Persekutuan pula meraih kemenangan di saat akhir apabila menewaskan Sabah 7-6 dalam aksi yang cukup mendebarkan.

Acara futsal akan bersambung pada Jumaat dengan Pulau Pinang akan menentang Sabah pada sesi pagi manakala Wilayah Persekutuan akan bertemu Melaka untuk aksi Kumpulan A.

Skuad futsal Johor menghampiri penyingkiran dari peringkat kumpulan

Sementara itu aksi Kumpulan B akan menemukan Selangor dan Pahang sebelum tuan rumah, Sarawak bertemu Johor dengan semua aksi berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan.