TUNKU Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor pada Selasa.

Pertemuan itu melibatkan aspek bola sepak, yang mana kedua-dua Sultan menyatakan sokongan terhadap usaha memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang semata-mata.

Mereka menekankan pentingnya mewujudkan perasaan saling hormat-menghormati dan perpaduan di kalangan penyokong di luar padang, demi menjaga keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.

Pertemuan ini turut memperlihatkan kedua-dua Raja berkongsi pandangan mengenai isu perpaduan rakyat, profesionalisme di Malaysia, serta kepentingan penyatuan Institusi Diraja dalam memainkan peranan sebagai simbol kestabilan negara.