SUNWAY Pyramid Ice mengumumkan Siri Kejohanan Skate Malaysia siri ke-14 dan Kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) ke-13 akan berlangsung dari 22 hingga 25 Jun 2023.

Sempena acara Skate Malaysia terbesar yang pernah diadakan, Sunway Pyramid Ice bakal menjadi tuan rumah bagi acara tersebut yang melibatkan seramai 450 peserta  darip tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait.

HC Chan ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Skate Malaysia 2023

“Sebagai gelanggang ais perkhidmatan terpanjang di Malaysia, kami pasti berbesar hati untuk menyumbang kepada pengembangan luncur ais sebagai sukan untuk semua dan ini sangat mustahak kerana dapat meletakkan asas pembangunan bagi komuniti luncur ais di Asia untuk mencapai peningkatan yang lebih besar.

“Kami bangga sekali lagi menjadi tuan rumah pertandingan Skate Malaysia di gelanggang kami. Setiap tahun, kami berharap dapat melahirkan skate muda yang berani berkumpul untuk menunjukkan kemahiran mereka sambil bersaing mendapatkan penghormatan tertinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan dalam acara pelancaran pada Khamis. 

Persembahan luncur ais daripada si cilik

Memasuki siri ke-3 Kejuaraan ISIAsia, Skate Malaysia 2023 sekaligus menjadi tonggak penting bagi peminat dan atlet luncur ais di Asia seterusnya mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai platform yang berpengaruh untuk mengembangkan sukan musim sejuk ini.

Turut hadir dalam  acara tersebut Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan, Pengarah Pertandingan Skate Malaysia & Presiden Ice Skating Institute Asia ( ISIAsia ), Harry Janto Leo, Presiden Persatuan Luncur Ais Malaysia ( ISAM ), Billy Johan, dan Penolong Pengurus Besar Sunway Pyramid Ice, Sunway Giza Mall & Sunway SQ Mall, Albert Cheok.