PASUKAN AMD Panthers Bawah 13 Tahun sekali lagi meneruskan rentak kemenangan mereka apabila berjaya menundukkan juara bertahan kategori bawah 13 tahun, Buriram United dengan skor 2-0 pada petang rabu di Padang 3, AMD pada Rabu.
Ini merupakan kemenangan kedua selepas menewaskan pasukan Hwaseong dari Korea 5-1 semalam.
Pada aksi hari ini, AMD Panthers U13 bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-6 hasil jaringan Muhammad Darwish Haikal.
Muhammad Darwish Haikal sekali lagi menjaringkan gol buat pasukannya pada minit ke-25 bagi meletakkan pasukannya terus mendahului 2-0 hingga tamat perlawanan.
Menurut Ketua Jurulatih AMD Panthers U13, Abd Aziz Ismail kemenangan hari ini merupakan hasil kerja kuat semua pemain sepanjang tempoh 90 minit perlawanan. Beliau juga mengucapkan syukur dan gembira dengan keputusan yang diperolehi hari ini.
“Pemain saya telah memberikan aksi yang terbaik sepanjang minit perlawanan dan juga sentiasa berdisplin di padang. Mereka juga telah memberikan sepenuh hati mereka dalam perlawanan ini dan alhamdulillah kita menang tadi”.
AMD Panthers U13 kini mendahului carta kedudukan Kumpulan A dengan 6 mata diikuti NFDP Regional dan Buriram United dengan 3 mata diikuti pasukan Hwaseong yang berada di kedudukan terakhir Kumpulan A tanpa sebarang mata.