PERSAINGAN sengit di posisi penjaga gawang membuatkan salah seorangnya, Ahmad Syihan Hazmi mahu mempertingkatkan lebih baik mutu dan gaya permainan atas padang.
Sambil mengakui tiga lagi rakan sepasukan di posisi sama, Kalamullah Al-Hafiz dan Sikh Izhan dan Damien Lim turut ada kelebihan masing-masing.
“Syihan tak letak diri dalam keadaan selesa. Semua penjaga gol yang dapat call up yang bersaing Syihan anggap semua bagus dan ianya baik buat Syihan supaya permainan lagi bertambah baik,” katanya ketika ditemui di sesi latihan pusat kem kebangsaan dekat Padang Sri Gelam, Johor Bahru pada Isnin.
Tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim itu juga melahirkan rasa syukur sehingga berjaya capai ke tahap prestasi seperti ini apabila hanya melepaskan satu gol dalam kempen Liga Super 2023.
“Persiapan dua perlawanan ini kami buat lebih baik dan Insya Allah Syihan akan bagi 100 peratus.
“Jurulatih (Kim Pan-gon) dah bagi peluang dan Syihan secara peribadi akan bagi lebih lagi berbanding sebelum ini.
“Terima kasih kepada pasukan Johor dan juga Tunku Mahkota Johor, serta pemain-pemain,” katanya mengumpul kaps kesembilan dalam skuad kebangsaan.
Malaysia akan menguji kekuatan Turkmenistan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis.